TULISAN BERGERAK DALAM BLOG

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA……TERIMA KASIH………

SALAM

SALAM

FLASH VORTEX

My Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Wan Nur Najlaa Amani

Lilypie First Birthday tickers

Monday 8 December 2014

PENCUCI MULUT

Selalunya pencuci mulut pasti anda beli di bazar ramadan, jaranglah anda nak buat sendiri. Hal ini mungkin disebabkan tiada masa yang cukup, yelah sibuk bekerja. Apa kata, hujung minggu anda luangkan masa bersama keluarga di dapur dan cuba resepi pencuci mulut. Anda gotong-royong dengan keluarga siapkan juadah berbuka. Lagi seronok… Di sini, saya kongsikan beberapa resepi pencuci mulut yang mudah dan ringkas dan paling penting rasanya sedappp…Selamat mencuba




~ PULUT MANGGA ~



Masa penyediaan : 20 minit
Masa memasak : 35 minit
Saiz hidangan : 6
Tips chef : Pult juga enak dimakan bersama durian, avokado atau buahan yang anda suka
Bahan-bahan:
  • 300g beras pulut (direndam semalaman)
  • 200ml krimer sejat Marigold
  • 150ml santan kelapa
  • 1 daun pandan
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu besar gula
  • 2 – 3 biji mangga masak
Cara-caranya:

  • Campurkan 100ml krimer sejat marigold dengan santan kelapa, daun pandan, garam dan gula. Masak dengan api kecil sehingga gula larut dan biarkan mendidih. Masak dengan api kecil sehingga gula larut dan biarkan mendidih. Matikan api. Buang daun pandan. (baki susu 100ml untuk dihidangkan dengan pulut kemudian)
  • Toskan beras pulut dan kukus selama 1/2 jam atau sehingga masak. Masukkan pulut ke dalam mangkuk. Tuangkan bancuhan susu ke atas pulut yang panas dan gaul rata. Tutup pulut selama 15 minit sebelum dihidangkan.
  • Hidangkan pulut dengan mangga yang dipotong dan tuangkan baki krimer sejat marigold (100ml) tadi di tepi.
  • Sekarang dah boleh makan….Oppss, tunggu waktu berbuka dulu.


~ TEPUNG PELITA ~



Tip : Seeloknya gunakan tepung yang disyorkan untuk dapatkan hasil yang terbaik. Penggunaan tepung yang tidak sesuai mungkin menyebabkan rasa kuih anda berbeza.
Bahan-bahan:
  • 1.3 liter air
  • 200ml santan
  • 300gm gula
  • Tepung campuran Hoen
  • Kwe hjau
  • Pewarna hijau
  • Daun pandan
  • Sengkuang Cina
Bahan-bahan untuk lapisan atas:
  • Tepung campuran Hoen
  • Kwe putih
  • 1 liter air
  • 300ml santan
  • Daun pandan
  • Setengah camca teh garam
Cara-caranya
  • Masukkan air, santan, tepung warna hijau dan gula. Titiskan sedikit pewarna hijau. Kemudian didihkan di atas api yang perlahan hingga ia menjadi sedikit likat.
  • Sementara menanti tepung mendidih, isikan sengkuang Cina yang sudah dipotong dadu ke dalam bekas daun pandan.
  • Tuang lapisan hijau ke dalam daun pandan yang sudah dilipat dan diisi sengkuang Cina dengan perlahan. Tuang setengah saja.
  • Kemudian, untuk lapisan atas pula, masukkan air, santan dan juga tepung putih . Didihkan di atas api yang perlahan juga. Setelah mendidih, tuangkan tepung putih sebagai lapisan atas dan dibiarkan sejuk.


~ AGAR-AGAR LAICI ~



Masa penyediaan : 20 minit
Masa memasak : 10 minit
Saiz hidangan : 8 -10
Tip chef : Agar-agar boleh diganti dengan cincau.
Bahan-bahan:
  • 500ml air
  • 100g gula
  • 1/2 sudu kecil esen badam
  • 1/2 paket serbuk agar-agar (5g)
  • Setitik pewarna makanan hijau, merah dan juga kuning
  • 1 tin laici
  • 1 tin susu sejat krim Marigold, disejukkan
  • 1 tin krimer manis Marigold
Cara-caranya:
  • Campurkan air, gula, esen badam dan serbuk agar-agar dalam periuk. Biarkan mendidih dan kacau sehingga gula larut. Tuangkan ke dalam tiga buah mangkuk dan masukkan setitik pewarna hijau, merah dan kuning ke dalam setiap mangkuk itu. Kacau agar-agar supaya warna serata dan biarkan mengeras. Sejukkannya di dalam peti sejuk.
  • Potong agar-agar menjadi kiub kecil (cukup kecil supaya boleh melalui straw). Campurkan kesemua agar-agar.
  • Semasa menghidang, cedukkan 2 sudu besar krimer manis marigold ke dalam gelas, masukkan 2 sudu besar kiub agar-agar dan 3 biji laici dan akhirnya tuangkan 50ml susu sejat penuh krim marigold, 100ml air dan sedikit ketulan ais.

No comments:

Post a Comment